Sunday, 10 June 2012

Al-Quran/Al-Humazah

سورة الهمزة
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَيۡلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ (1)
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ (2)
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخۡلَدَهُ (3)
Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
كَلَّا لَيُنبَذَنَّ فِي الۡحُطَمَةِ (4)
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
وَمَا أَدۡرَاكَ مَا الۡحُطَمَةُ (5)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
نَارُ اللَّهِ الۡمُوقَدَةُ (6)
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya);
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَي الۡأَفۡئِدَةِ (7)
Yang naik menjulang ke hati;
إِنَّهَا عَلَيۡهِم مُّؤۡصَدَةٌ (8)
Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.
فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ (9)
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

No comments:

Post a Comment